Skip to content
TUJUAN/MATLAMAT ASOMH
- Memupuk kerjasama dan persefahaman di antara semua ahli Pertubuhan dan saling bantu membantu di dalam bidang yang berkaitan.
- Mempertingkat dan mengekalkan tahap tertinggi dari segi pengetahuan, kemahiran, kecekapan dan etika bagi ahli Pertubuhan.
- Mempertingkatkan peranan, kepentingan dan imej serta promosi profesyen Pegawai Sains di dalam Kementerian Kesihatan bagi menyumbang kepada pembangunan negara.
- Menyebar dan memaklumkan maklumat berkaitan hal-hal Pertubuhan kepada semua ahli. Ini termasuklah kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan, penyiasatan dan penemuan baru dalam bidang sains berkaitan.
- Mengumpul dana bagi menjalankan aktiviti seperti seminar,kursus,forum dan sebagainya dengan syarat mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan agensi-agensi berkaitan
- Memupuk semangat integrasi dan kerjasama Pertubuhan dengan agensi-agensi atau Pertubuhan lain yang berkaitan bagi tujuan kepentingan bersama.
- Melibatkan diri dalam mesyuarat/forum antarabangsa dan sebagainya dalam bidang sains berkaitan dalam mempertingkatkan aktiviti Pertubuhan di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
- Menerbitkan buletin dan memaparkan aktiviti Pertubuhan untuk faedah semua ahli.