Syarat keahlian dan bayaran yuran

  1. Keahlian terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas dan terbahagi kepada dua (2) kategori:
  • Ahli Biasa terbuka kepada mereka yang menjawat jawatan Pegawai Sains dalam Kementerian Kesihatan Malaysia termasuklah:
    • Pegawai Sains yang bertugas di Klinik atau Hospital Kerajaan Kementerian Kesihatan Malaysia
    • Pegawai Sains yang bertugas di Makmal Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia
    • Pegawai Sains yang bertugas di Institut-institut Kementerian Kesihatan Malaysia
    • Pegawai Sains yang bertugas di bidang Kesihatan Awam di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Ahli Seumur Hidup terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus sebanyak RM300.00.
  1. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli Pertubuhan hendaklah dihantar kepada Setiausaha dan mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
  2. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan, setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahun pertama seperti yang ditetapkan maka ia diterima menjadi ahli Pertubuhan.

 

BAYARAN DAFTAR (MASUK), YURAN DAN BAYARAN LAIN

  1. Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

Bayaran Daftar (masuk)     : RM 20 (Dua Puluh Ringgit Sahaja)

Yuran tahunan                      : RM 30 (Tiga Puluh Ringgit Sahaja) – ahli biasa

Yuran ahli seumur hidup    : RM 300 (Tiga Ratus Ringgit Sahaja)

 

  1. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari sebelum 28hb. Februari tiap-tiap tahun.