Ucapan presiden Asomh

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan Salam Bahagia,

   Menyingkap tadbir sejarah, Persatuan Pegawai Sains Kementerian Kesihatan Malaysia atau lebih sebagai ASOMH iaitu Association of Scientific Officers of the Ministry  of Health yang  ditubuhkan ini mempunyai lapan bertanggungjawab besar  yang utama. Pertamanya, untuk memupuk kerjasama dan persefahaman di antara semua ahli Pertubuhan dan saling bantu membantu di dalam bidang yang berkaitan. Kedua, supaya dapat memperingkatkan dan mengekalkan tahap tertinggi dari segi pengetahuan, kemahiran, kecekapan dan etika bagi ahli Pertubuhan. Ketiga ialah untuk mempertingkatkan peranan, kepentingan dan imej serta promosi profesyen Pegawai Sains di dalam Kementerian Kesihatan bagi menyumbang kepada pembangunan Negara. Keempat, bagi menyebarkan dan memaklumkan maklumat berkaitan hal-hal Pertubuhan kepada semua ahli. Ini termasuklah kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan, penyiasatan dan penemuan baru dalam bidang sains berkaitan. Kelima, supaya mengumpul dana bagi menjalankan aktiviti seperti seminar, kursus, forum dan sebagainya dengan syarat mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan agensi-agensi berkaitan. Keenam supaya dapat memupuk semangat integrasi dan kerjasama Pertubuhan dengan agensi-agensi atau Pertubuhan lain yang berkaitan bagi tujuan kepentingan bersama. Ketujuh supaya dapat melibatkan diri dalam mesyuarat/forum antarabangsa dan sebagainya dalam bidang sains berkaitan dalam mempertingkatkan aktiviti Pertubuhan di peringkat nasional  mahupun antarabangsa. Akhir sekali yang kelapan untuk menerbitkan buletin dan memaparkan aktiviti Pertubuhan untuk faedah semua ahli.

   Selaras dengan itu, Persatuan ini sentiasa  mengambil pelbagai inisiatif yang lebih proaktif dan berkesan bagi memantau aktiviti, isu dan cabaran  berhubung segala masalah berbangkit yang berkaitan profesion Pegawai Sains Kementerian  Kesihatan Malaysia melalui pelbagai platform yang disediakan.

   Melalui pembangunan Laman Web Portal Persatuan Pegawai Sains KKM ini, ianya merupakan salah satu pemangkin transformasi penyampaian ASOMH disamping kaedah lama yang masih digunakan. Diharap melalui laman web ini, sebarang maklumat, berita, hebahan dan keputusan berkaitan dengan ASOMH atau untuk kepentingan ahli ASOMH ianya dapat disebarkan dengan lebih meluas dan cepat kepada setiap ahli dan juga bukan ahli.

   Tambahan, laman web ini turut menyediakan kemudahan untuk berurusan secara atas talian seperti untuk mendapatkan sebarang aktiviti persatuan disamping bagi merujuk mengenai sebarang pekeliling dan surat pekeliling terbaru, mengemukakan pertanyaan, membuat aduan terhadap sesuatu kemusykilan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para ahli

   Selaku Presiden Persatuan ini, saya menaruh harapan melalui pembangunan laman web ini, ASOMH  dapat menambahbaik sistem penyampaian dan perkhidmatan sejajar dengan hala tuju penubuhan dan strategik ASOMH.

   Saya turut mengalu-alukan sebarang pandangan dan komen yang membina untuk memantapkan lagi laman web dan Persatuan ini. Selamat melayari Laman Web ASOMH.

Sekian, Terima kasih

En Nik Muhamed Hazmi Nik Hussain
Presiden ASOMH